<

Monday 5 December 2011

Nota Kata Ganti Nama Diri Tahun 1

Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama manusia.
Kata ganti nama diri terbahagi kepada 3 jenis, iaitu :

(a) Kata Ganti Nama Diri Pertama digunakan bagi orang yang bercakap.
     Contoh :
     saya , aku , beta , patik , kami , kita
     Ayat Contoh :
     1. Saya murid Tahun 1.
     2. Kita harus menghormati ibu bapa.


(b) Kata Ganti Nama Diri Kedua digunakan bagi orang yang dilawan bercakap.
     Contoh :
     awak , anda , engkau , kamu , tuan , puan , kalian
     Ayat Contoh :
     1. Siapakah nama awak ?
     2. Beg baru kamu sangat cantik.


(c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga digunakan bagi orang yang diperkatakan.
     Contoh :
     dia , ia , beliau , mereka , nya
     Ayat Contoh :
     1. Dia sedang menggunakan komputer.
     2. Beliau ketua kampung saya.
     3. Payung itu kepunyaannya.

No comments:

Post a Comment