<
Sunday, 11 December 2011
Saturday, 10 December 2011
Tuesday, 6 December 2011
Nyanyian Kata Ganti Nama Diri
- Murid-murid menyebut kata ganti nama diri dan membaca seni kata lagu.
- Guru membimbing murid menyanyikan lagu mengikut melodi lagu "Twinkle Twinkle Little Star".
- Murid-murid menyebut dan menggunakan kata ganti nama diri pertama dan kedua yang lain dalam seni kata lagu.
- Murid-murid cuba mengisi ruangan kosong dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.
Monday, 5 December 2011
Nota Kata Ganti Nama Diri Tahun 1
Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama manusia.
Kata ganti nama diri terbahagi kepada 3 jenis, iaitu :
(a) Kata Ganti Nama Diri Pertama digunakan bagi orang yang bercakap.
Contoh :
saya , aku , beta , patik , kami , kita
Ayat Contoh :
1. Saya murid Tahun 1.
2. Kita harus menghormati ibu bapa.
(b) Kata Ganti Nama Diri Kedua digunakan bagi orang yang dilawan bercakap.
Contoh :
awak , anda , engkau , kamu , tuan , puan , kalian
Ayat Contoh :
1. Siapakah nama awak ?
2. Beg baru kamu sangat cantik.
(c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga digunakan bagi orang yang diperkatakan.
Contoh :
dia , ia , beliau , mereka , nya
Ayat Contoh :
1. Dia sedang menggunakan komputer.
2. Beliau ketua kampung saya.
3. Payung itu kepunyaannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)